Qaiyum Dalam DilemaTawan KinabaluGaya Saorang Pemuisi
Blue Theme Green Theme Red Theme Red Theme Red Theme
RSS Feeds:
Posts
Comments

Takwim

May 2008
M T W T F S S
« Apr    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Komentar Terkini

    • Truckster: aku saspek yg bom office DAP Ipoh tu SB Police gak laaa...saje je kasi huru-hara, tgk sape yg lempar...
    • fiza: jgnla berulang lagi... dengar citer dr org yg sezaman dan merasa kejadian 13 mei tu takut rasanya......
    • Qaiyum: Eh! Blog Baru Ke??
    • hawa: anyway. please update my blog url hawa Telah Menulis Entri Terbarunya..
    • hawa: Ganas jugak ye orang kerajaan ni. hawa Telah Menulis Entri Terbarunya..
    • abdfatah: babi dah masuk parlimen daaaaa....
    • : Sayangila kucing.. Berhati-hati di jalanraya.
    • fiza: qai..ape lak nk kasi hadiah, mmg suker ar lepak cni... isk isk.. tp klu nk bg hadiah, bley gak (buat...
    • chot: 1st time aku dengar kancil cj7..
    • Qaiyum: Waah.. Fiza Ni Rajin Tulis Komen.. Kene bagi Hadiah Ni Selaku Pengomen Terajin. Saya Pun Skarang Ni ...


BOOM!! Negaraku Malaysia..

Dipetik dari Utusan Malaysia.

Ibu pejabat DAP Perak dilontar bom petrol

15/05/2008 12:14pm

IPOH 15 Mei - Ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya di sini dilempar bom petrol oleh dua lelaki awal pagi ini menyebabkan dua letupan kuat berlaku.

 

Kejadian pada pukul 2.20 pagi itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu yang kemudian menghubungi pihak polis.

 

Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.

(Tamat Laporan)

——————-

Bulan ini adalah Bulan Mei. Dan saya seboleh² mengelakkan diri daripada menyentuh peristiwa 13 Mei. Kerana rasanya sangat banyak peringatan dan input yang telah saya berikan berkenaan dengan peristiwa berdarah tersebut yang saya kongsikan di dalam blog ini. Makanya pada tanggal 13 Mei beberapa hari yang lepas, tidak tersentuhpun saya berkenaan peristiwa 39 Tahun lepas itu.

Tetapi artikel paling terkini yang saya perolehan dari laman web Utusan Malaysia itu agak mengejutkan saya. Rasanya pasti bulan ini adalah bulan paling sensitif bagi kebanyakan kaum di Malaysia ini. Terutama di antara kaum Melayu dan Cina. Oh! Mungkin kerajaan mewujudkan banyak cuti dalam bulan ini semata-mata demi mengelakkan ‘memori’ ketegangan antara kedua kaum ini terungkit kembali. Nasib baik kita tidak menyambut peristiwa 13 Mei. Tetapi kita gantikan ia dengan Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Wesak.

Namun rasanya ada antara mereka di luar sana cuba untuk membangkitkan sejarah bulan Mei tahun 1969 dahulu. Cuba untuk lebih mengurangkan ketidakharmonian antara kedua kaum ini. Cuba untuk mewujudkan kesangsian sesama kita. Cuba untuk menidakkan kestabilan perpaduan kaum yang menjadi keunikan negara Malaysia. Ooohh..

Tapi mungkin bukan itu sebenarnya yang berlaku. Tidak tertulis langsung pun di dalam artikel tersebut bahawa orang Melayulah yang melemparkan Bom Petrol tersebut. Apa yang tidak diinginkan adalah kita cuba untuk mewujudkan kembali jurang keharmonian antara kaum Melayu dan Cina. Cukuplah dengan isu yang wujud buat masa ini.

Melayu tidak perlu bermain keris lagi. Apa yang perlu Melayu lakukan adalah menyiapkan diri dengan ilmu di dada. Ilmu untuk bersaing dengan kaum lain. Ilmu untuk membangunkan kaum sendiri. Dan ilmu untuk memastikan kesejahteraan negara Malaysia sentiasa terjamin. InsyaAllah..

—- Klik Untuk Teruskan Bacaan »

Camar Yang Hilang

# Maaf tidak dapat update dengan dalam dua hari ini. Kernanya saya perlu berada di rumah family. Memandangkan ayahanda sedang mengalami sakit mata. Saya perlu sentiasa berada dalam keadaan siap siaga menjadi kaki dan tangan penting di rumah keluarga jika sesuatu yang buruk berlaku. Harini baru saya berpeluang menyentuh laptop.

# Berkenaan dengan tournament bowling terbuka BPR hari sabtu yang lepas. Tidak ada kebanggaan buat diri ini. Huhu.. Prestasi permainan yang agak mengecewakan membuatkan diri ini sudah pasrah untuk melibatkan diri dalam segala hal berkenaan permainan Bowling. :D=

# Hari Ibu yang lepas saya hanya sempat untuk membeli sekeping kad buat bonda. Dan ciuman kasih saya terhadap ibunda hanya menerjah pipinya di kala malam. Memandangkan sepanjang hari saya agak sibuk dengan beberapa hal yang perlu diselesaikan. Selamat Hari Ibu buat sekalian Ibu² yang tidak menerima sebarang kasih-sayang anaknya pada hari berkenaan. Semoga Ibu² akan sentiasa tabah menjadi seorang Ibu.

# Hari Ahad itu juga saya telah terlanggar seekor kucing yang melintas jalan sewaktu saya sedang memandu Kancil CJ7 pada kelajuan 80km/j. Nasib kucing jalanan itu tidak dapat dipastikan. Kebarangkalian beliau menemui ajal sangatlah tinggi. Nampaknya saya sudah tidak boleh menjadi pejuang kucing jalanan memandangkan saya telah bertindak kejam ke atas kelompok berkenaan. Uu.

# Hari ini saya selesema..p/s : Selamat makan segenggam nasi setiap hari !! 

Pengkorporatan

Sadis.. Blog ini kelihatan sungguh sadis tanpa dibelai oleh tuannya dalam jangkamasa seminggu ini. Lihatlah keadaannya yang sungguh kasihan yang berhabuk dan jijik.. Ohh..

Mungkin saya tidak segigih Encik MohdIsmail yang sentiasa menyediakan tetamunya dengan pengisian penulisan yang mantap setiap hari.  Saya pernah merasakan bahawasanya saya perlu menarik diri daripada dunia penulisan blog memandangkan kehidupan harian saya yang superaktif dan sentiasa mendahagakan benda² baru didalam dunia realiti. Yaa.. kita mungkin akan dapat benda baru dalam dunia maya ini. Tetapi adalah lebih seronok jika kita memperolehinya di dalam dunia realiti kerana cabarannya lebih asyik.. Hinggakan saya tiada masa untuk menyentuh ‘mesin-atas-peha’ saya ini. Uhh..

Tetapi sehingga setakat ini, saya belum lagi membuat keputusan untuk berhenti menulis. Mungkin sesudah Internet Maxis Broadband saya terputus akibat saya tidak membayar bil. Bukan kerana tidak punya wang untuk membayarnya, tetapi saya telah kecewa dengan perkhidmatan ini. Hahaha.. Entahlah.. Apanya yang saya sangat hiperaktifnya di dalam kehidupan hari² sehinggakan tiada masa untuk bertemu blog ???

Untuk cerita besar minggu lepas, saya telah meletakkan jawatan saya sebagai Pengerusi Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM), UKM. Dan saya juga telah melantik Pengerusi termasuk Ahli Majlis Tertinggi Pemegang Amanah yang baru bagi sesi 2008/2009 di dalam mesyuarat Pemegang Amanah terakhir kendalian saya itu. Semoga pewaris saya kelak bakal membawa tanggungjawab besar ini dengan saksama hendaknya walaupun segala cabaran membadai terhadap persatuan ini. InsyaAllah.. Kini saya semakin jauh dengan UKM walaupun saya ada memohon penjawatan untuk bertugas di UKM :D=

Tetapi apa sebenarnya yang pengkorporatan yang tidak langsung saya sentuh lagi. Baiklah.. Untuk tidak mengelirukan anda lagi, saya mengandaikan bahawa hidup saya kini sebagai seorang ahli korporat. Sebagai contohnya seperti semalam. Bermula dengan bertugas seperti biasa di pejabat BPR. Tengaharinya cawangan IT saya telah dijemput untuk makan tengahari bersama² dengan bos lama cawangan ini yang ingin meraikan kenaikan pangkatnya. Lokasinya ialah di Kelab Tasik, Putrajaya. Yaa.. Sememangnya satu keadaan yang eksklusif. Dimana hanya golongan² VIP yang gemar untuk makan tengahari di sini. Ahaks..

 

Klik Untuk Teruskan Bacaan »

ASPEK DAN TUNTUTAN DIBERI PENEKANAN TINGGI (sumber : Mingguan Malaysia)

PERLEMBAGAAN

i. Mempertahankan hak, keistimewaan dan kedudukan kaum Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan

ii. Menentang segala pindaan yang boleh melemahkan kedaulatan dan kedudukan kaum Melayu dalam Perlembagaan dan perundangan Malaysia.

iii. Menentang segala tafsiran sewenang-wenangnya yang bersifat memilih terhadap fasal-fasal Perlembagaan bagi tujuan kepentingan dan perkauman.

 

POLITIK

i. Memohon Majlis Raja-Raja Melayu menyempurnakan tugas, tanggungjawab dan obligasi untuk memelihara dan mempertahankan seluruh kedaulatan Melayu.

ii. Menentang tafsiran hak asasi manusia dan proses demokrasi yang mengetepikan kedaulatan Melayu.

iii. Mendesak supaya peruntukan Perlembagaan dan undang-undang tubuh mengenai pentadbiran negara dikekalkan.

iv. Menentang usaha untuk mempolitikkan pentadbiran pihak berkuasa tempatan demi memelihara kesejahteraan seluruh rakyat.

v. Memperjuangkan peranan prinsip kedaulatan Melayu sebagai teras dan ideologi parti-parti politik Melayu dan menolak segala ideologi asing berkenaan Malaysian Malaysia.

vi. Menuntut parti-parti politik Melayu sentiasa memperjuangkan dan membentuk pemikiran strategik dalam mengekalkan ketahanan dan kelangsungan kedaulatan Melayu.

 

EKONOMI

i. Menuntut pelaksanaan keadilan sosial dan kesaksaman pengagihan kekayaan negara bagi semua warganegara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

ii. Menuntut dilaksanakan penyusunan semula pemilikan ekonomi bagi mencapai matlamat pembasmian dan penghapusan kegiatan ekonomi berasaskan kaum.

iii. Memperluaskan gerakan Jihad Ekonomi berasaskan dua matlamat besar, pertamanya untuk membentuk pendorong dinamik dan memperkasakan kaum Melayu hingga tercapai sasaran 65% penguasaan dan kedua, menyusun semula sistem ekonomi supaya lebih adil dan saksama.

iv. Membina strategi bagi meluaskan penyertaan pertubuhan korporat Melayu untuk menguasai sistem ekonomi negara dan antarabangsa.

 

ISLAM

i. Menuntut kawalan berkesan pembinaan rumah ibadat agama lain mengikut prinsip keperluan sebenar saiz komuniti dan lokasi.

ii. Menolak gagasan pluraslisme agama yang bercanggah dengan Perlembagaan negara.

 

BAHASA MELAYU

i. Menolak usaha sebarang pihak mewujudkan dasar multilingualisme di negara ini.

ii. Menuntut pengekalan Fasal 152 Perlembagaanyang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan.

iii. Memastikan kedudukan bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam pembinaan ilmu dan menggalakkan penterhemahan ke bahasa Melayu dan menghapuskan penggunaan bahasa Inggeris sebagai media pengajaran di semua institusi pengajian tinggi.

iv. Menuntut dasar pengajaran dan peperiksaan mata pelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Melayu.

v. Menggalakkan penggunaan tulisan jawi sebagai satu daripada bentuk tulisan bahasa Melayu.

 

PENDIDIKAN

i. Memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan sebagai teras sistem pendidikan nasional.

ii. Menuntut pengukuhan penggunaan bahasa kebangsaan dalam sistem Pendidikan Kebangsaan sebagai wahana komunikasi dan keilmuan bagi mencapai matlamat pembinaan bangsa.

iii. Memastikan supaya jurang perbezaan penyampaian pendidikan dihapuskan di seluruh negara.

iv. Mendesak pengajaran ilmu pengetahuan kenegaraan yang berlandaskan Rukun Negara diajar di semua peringkat persekolahan dan pendidikan tinggi.

v. Memastikan semua sistem pendidikan swasta mengutamakan unsur kebangsaan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka.

vi. Mendesak ujian lisan bahasa Melayu di semua peringkat peperiksaan dilaksanakan.

 

BUDAYA

i. Menuntut Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai landasan citra dan imej kebangsaan dan antarabangsa.

ii. Menerapkan nilai Islam dan budaya kebangsaan sebagai asas amalan mendalam dan bermakna anggota masyarakat Malaysia.

iii. Menolak sekeras-kerasnya gagasan, dasar, dan pelaksanaan ‘multiculturalism’ yang menggunakan tafsiran serong Perlembagaan.

Klik Untuk Teruskan Bacaan »

Perodua Kancil & CJ7

Assalamualaikum.. Setelah sekian lama menyepi, izinkanlah saya kembali.. Watchaa..

Memang agak kesibukan pada hari² melalui dunia kerjaya. Malah pada waktu hari ini cuti Hari Pekerja, saya juga sibuk menyibukkan diri di rumah sewa untuk beristirehat. Mm.. Oh! Bulan Mei ini rasanya adalah bulan menulis. Marilah kita berkongsi cerita apakah yang perkara baru yang melanda diri penulis blog ini.

Salah satunya adalah berita sedih. Iaitu saya telah kehilangan motor peribadi saya yang telah saya gunakan sekian lama. Yamaha Nouvo AT115 berwarna biru ini telah saya gunakan semenjak saya Tahun 1 lagi sewaktu berada di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sudah banyak khidmat beliau dalam membantu saya melalui hari² yang sukar. Uhh..

Yamaha Nouvo AT115

Begitu juga dengan Perodua Kembara yang telah bersama-sama saya sejak sekian lama. Yang mana saya sering gunakan untuk membawa saya ke tempat² jauh lagi menarik di sekitar semenanjung Malaysia. Walaupun ini bukannya kenderaan rasmi saya, ia adalah kenderaan rasmi bapa saya, tapi banyak sumbangan yang telah dicurahkan oleh pacuan 4 roda ini. Kembara ini juga pernah mengalami beberapa siri kemalangan kecil sewaktu saya memandunya. Pahit getir telah kami harungi bersama. Tapi kini beliau tidak lagi bersama saya.. Uhukkss..

Kembara Yang Terpisah

 

Klik Untuk Teruskan Bacaan »

Page: 1 2 3 ... 28